Hampir setahun hubungan kita. Terasa bagai bertahun lamanya kita telah bersama. Bahagia? Iya! Aku sangat bahagia. Tapi dalam bahagia mesti ada juga derita. Dalam gembira mesti ada duka. Dalam senyum tawa mesti ada airmata.
Kebahagian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimiliki. Tapi ianya juga bukan susah untuk dicari. Kebahagiaan ada dimana-mana sahaja. Cuma terpulang pada diri kita, samada mahumengambil peluang yang ada atau hanya biarkan ia berlalu begitu saja.
Kisah aku bukan sehebat Uda dan Dara, seagung cinta mitos dulu kala. Aku cuma insan biasa. Tiada yang istimewa, pada mereka yang membaca. Tapi bagi aku yang menulisnya, inilah kisah aku dan dia- BELAHAN JIWA.