Friday, August 6, 2010

Chapter 12


Aku surrender dengan perasaan sendiri. Dari aku pendam, baik aku luahkan je. Respon dari dia tu, tak penting sangat (ayat memang sangat poyo, konon macam tak kisah je kan?)

 But befora luahkan secara formal dan muka ke muka / face to face...ada sesuatu yang perlu aku lakukan. 

Memang lumrah dalam hidup UMAIRA untuk menyakat orang disekeliling dia. Jadi Ayen telah dipilih sebagai The Lucky One kali ini untuk siri Myra Gotcha Call!

Scene pertama:

Sms-sms berbau rajukan meroyan merepek dihantar terus ke henpon thayunk saya! Macam-macam yang aku hantar. Salah satu yang paling teruk menyeksa dia dan buat bontot dia tak senang duduk- aku mintak dia tinggalkan aku dan jangan cari aku lagi!

Member tengah syok gile lead, main snooker terus menggelabah dan prestasi  di meja snooker terus merundum!

Dia call, aku reject je! Dia mesej, lansung aku tak balas.

Dalam hati, sangat simpati dengan nasib thayunk aku ni sebab kena kacau teruk dengan aku.

Scene 2:

Aku dah kat bilik, baik punya golek atas katil. Dai dah pecut naik Bukit Ampang. Konon nak release tension dan cari ilham pujuk aku.

Then dia call aku lagi. Dek kerana tak tahan nak mainkan dia, aku pun jawab. Suara harus di kontrol ea adik-adik!

Kononnya dalam drama sebabak dua ni, aku memang tak nak ada apa-apa lansung dengan dia. Kira memnag menyampah tahap dewa la! Suara dia dah berbunyi sedikit kuchiwa! Aku jadi tak sampai hati lak. Sumpah suara dia lain, jahat kan aku?

Lama gak la pura-pura cari pasal dengan mamat ni. Then entah macam mana time dia dok pujuk aku, aku lak boleh gelak kaw-kaw! Hampeh gak aku ni, gelak tak reti cover betul.

Dia terdiam!

Aku dengan selamba cakap- "Pernah dengar Gotcha Call kat HitzFM tak? Tiap-tiap pagi mesti ada...If nak tahu macam mana Gotcha Call tu, yang awak baru je lalui tadi tu la contohnye!!!"

Dia punya la hangin satu badan, adesss...sumpah tak boleh lupa!

But a few hours after that, pukul 3 pagi, 6 September 2009, we finally declared our feelings and decide to take the next step! Bukan tawen ea...sekadar lovers, couples, pasangan kekasih atau apa saja yang anda gelarkan ia.

What i know for sure is, i like him a lot, i love him, i miss him when he's not around, i need him to be the shoulder for me to cry on, to be beside me when im in blue, when im in ups and down....and for surely i will do the same thing to him too... 

heart you!


No comments:

Post a Comment