Sunday, July 25, 2010

Chapter 2

Mei 2009, Puchong.

Terkejut bila mendengar suara dia. Aku rindu juga pada si dia, tapi...entah, tak mahu memikirkan sangat tentang itu.

Agak lama tak dengar khabar berita. Katanya, dia di Terengganu, bercuti bersama keluarga. Dia kata ada sesuatu yang ingin diceritakan, dikongsi.Aku pun dengan rela dan khusyuk mendengar satu persatu kisah si dia.

Dari hal kelurga, pelajaran dan  akhirnya tiba kisah teman istimewa si dia. Masalah silih berganti menguji hubungan dia dan temannya. Aku hanya mendengar, lagipun aku tak begitu mengenali teman si dia. Selesai menceritakan sinopsis kisah hidupnya, dia bertanya padaku apa yang harus dilakukan- menagih kasih pada teman istimewa atau berhenti berharap pada insan itu.

Entah, aku terus meletakkan diri aku ditempatnya dan mengikut kata hati sendiri. Tiba giliran aku untuk bercerita. Dari A sampai Z, aku lega kerana dapat berkongsi kisah aku dengan seseorang yang aku rasa sangat rapat dengan aku. Dia juga mengusulkan pendapat tentang masalah aku.

Lama juga berbual dengan si dia di telefon, hingga subuh. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi.

No comments:

Post a Comment