Minggu pertama puasa. Haisyh! Penat juga, melayan kerenah Nadia-berjalan ke IKEA. Konon aku nak cari hadiah untuk Ayen, sebagai hadiah hari jadi dan tanda minta maaf tentang hal tempoh hari. Jalan punya jalan, tiba-tiba ternampak banyak cactus. Ada yagng bulat, bujur, kurus, gemuk, huhuhu..macam-macam bentuk. Aku pun decide untuk bagi dia cactus tu. Macam tak special je kan? But for me, ada la maksud aku yang tersendiri.
Dah janji nak berbuka dengan Ayen dan Syuk. Dah nama pun Damansara, port makan semua awal-awal dah fully booked. Nak tak nak, aku dan Nadia bergerak ke KL balik. Ayen dan syuk seronok la sebab dah memang still ada di KL lagi.
Kami berjanji untuk jumpa di Wangsa Walk. Sampai Wangsa Walk, Syuk kata nak buka di TGI Fridays. Yang bestnya, dia belanja! Sepanjang masa aku mendiamkan diri. Cuma sesekali mencelah perbualan antara Nadia dan Syuk. Selepas berbuka, Nadia and Syuk buat plan untuk ke KTV BB. Yang bestnya lagi, si Syuk boleh lak naik kereta Nadia. Maknanya aku kena naik kereta Ayen. DAMN! Jahat dorang nih!
But naik je la kan. Aku try buat coooool je. Control ayu tu . Tapi macam tak boleh blah. Aku bagi dia hadiah tu. Dia senyum je. On the way tu, dia asyik tanya kenapa tak keluar makan dengan dia hari tu, dia sedih dan macam-macam lagi. Aku rasa speechless! Apo nak jawab nih??
![]() |
| At KTV BB..singing our heart out. That time i knew that i had fall for him <3 |
Kami menyanyi macam nak gila. Terkinja sana sini. Dari lagu dangdut sampai ke rock, semua kami pulun habis. Enjoyed it very much guys!
OUR SONG! Lagu ni memang FAV dari dulu. Dan tak tahu macam mane boleh tergerak ajak dia nyanyi lagu ni. Sebenarnya nak bagi dia hint..hihihi...Glad that he understand this song though..
Balik tu, sempat makan steambot tapi sumpah, rasa pelik benor. He held my hand tiba-tiba! *Blush

No comments:
Post a Comment