June 2009, Puchong
Aku dan Ayen rancak berbalas sms dalam masa seminggu ni. Dia juga seperti berbaik semula dengan buah hatinya. Hurm, tiba-tiba timbul rasa cemburu kerana perhatiannya mesti akan lebih tertumpu pada buah hatinya. Argh! Tak patut aku ada rasa ni dalam hati. We're besties!
Kemudian, Ayen senyap. Mungkin dia sedang berbahagia bersama insan tercinta. Dan aku pula? Aku menemui cinta baru. Cinta yang aku harap berbeda dari cinta yang pernah aku ada dulu. Hari-hari yang berlalu mula terasa indah, dan buat aku lebih bahagia dari selalu. Tapi, tidak lama bertahan. Hanya dua bulan, dan semuanya berubah. Dia lebih teruk dari mana-mana lelaki yang pernah aku jumpa.Dan aku dikira bernasib baik kerana sedar perangai sebenar lelaki itu.
Ayen tiba-tiba timbul lagi. Pada dia, aku curahkan segala rasa sedih dan kecewa. Dia tanpa jemu menasihati aku.Kini, aku punya keluarga, Nadia, BFF serta Ayen yang sentiasa ada untuk aku.
Hubungan aku dan dia kini amat rapat. Setiap hari harus bermesej-mesej'an dan ber'calling-calling'. Sehingga aku dan dia mula membahasakan diri masing-masing sebagai 'thayunk'. GEDIK! Tapi itu la hakikatnya, hehehe!
I never saw it coming, I never thought we could be this close.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment